Monday, 27 March 2017

INTERNET MARKETER

Buat Duit Cara Mudah Di Internet? 
.
1. Cari 1 produk yang sediakan affiliate program.
.
2. Sertai dan anda akan diberikan link promosi anda sendiri. 
.
3. Apabila ada orang klik link promosi anda dan buat pembelian, sistem akan kesan orang itu membeli dari link milik anda.
.
4. Anda akan dibayar komisen kerana hasil usaha anda bantu promosi tadi.
.
5. Tentang penghantaran produk, penerimaan pembayaran, support kepada pembeli semuanya diuruskan pemilik produk.
.
6. Anda hanya perlu berkongsi link promosi anda kepada semua orang. Ini namanya affiliate!
.
Mahu hasilkan komisyen affiliate 3 angka bagi setiap jualan yang anda hasilkan melalui link anda?

Sunday, 26 March 2017

Buat Duit Dengan Internet

"Buat Duit Di Internet" - Ini apa yang dicari-cari rakyat Malaysia hari ini. Mereka biasanya sudah mempunyai kerja tetap mereka. 
Mahu buat kerja sambilan boleh, namun masalah nya adalah menguruskan masa. Jika siang jam 8 am - 5 pm sudah bekerja, malam pula mahu bersama keluarga. 
Jika mereka boleh buat duit di internet dengan luangkan masa 1 - 2 jam sehari, itu sudah cukup bagus buat mereka. Ya, ianya bukan mustahil, di internet dengan teknik dan strategi yang betul ianya boleh dilakukan. 
#internetMEGALaunch2017


Saturday, 25 March 2017

KENAPA AFFLIATE?

8 Sebab Affiliate Menjadi Pilihan.
.

Pemasaran affiliate ialah memasarkan produk orang lain dan sekiranya pembeli melakukan pembelian melalui link affiliate anda, anda akan dibayar komisen jualan oleh pemilik produk.
.
Pemasaran affiliate semakin popular di kalangan ramai usahawan internet pada masa kini, dan tidak mustahil pemasaran ini akan lebih berkembang pada masa hadapan.
.
.
Pernahkah anda terfikir untuk memulakan perniagaan affiliate anda sendiri?
.
Mari kita lihat 8 sebab utama kenapa anda patut serius memikirkan untuk menyertai pemasaran affiliate.
.
.
.
1. Model perniagaan yang boleh terus bermula
.
Anda tidak memerlukan persiapan yang panjang untuk memulakan perniagaan affiliate. Sebaik sahaja anda mendaftar dengan laman-laman web yang sediakan perkhidmatan affiliate, anda boleh terus bermula menjalankan promosi untuk produk jualan tersebut.
.


Tambahan lagi, oleh kerana perniagaan affiliate dijalankan atas platform internet, perniagaan anda sebenarnya berjalan 24 jam sehari, 7 hari seminggu! Anda juga boleh menjalankan perniagaan ini dari rumah tanpa perlu ke pejabat, dan ia boleh dijalankan pada bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.
.
.
2. Tidak perlukan produk sendiri
.
Antara penghalang utama seseorang usahawan baru untuk memulakan perniagaan internet adalah tiada masa atau sumber untuk menyiapkan produk sendiri. Masalah ini dapat diatasi sekiranya anda memilih untuk menjalan pemasaran affiliate, kerana anda tidak memerlukan produk sendiri untuk dipasarkan.
.
Kembali kepada asas pemasaran affiliate, anda sebenarnya memasarkan produk orang lain, dan menjana pendapatan setiap kali sesiapa membeli produk tersebut daripada link affiliate anda.
.
Mudah, bukan?
.
.
3. Tidak perlukan modal yang tinggi
.
Anda juga tidak memerlukan modal yang tinggi untuk menjalankan perniagaan affiliate. Ini adalah kerana anda sendiri yang tentukan kaedah pemasaran yang anda inginkan.
.
Sebaik berdaftar dengan mana-mana program affiliate, pada hakikatnya, anda sudahpun mempunyai satu model perniagaan online yang berpotensi menjadi penjana keuntungan untuk anda. Bahkan, anda boleh memilih untuk langsung tidak mengeluarkan sesen pun untuk mula mempromosi laman web affiliate anda kepada prospek pembeli yang berminat.
.
.
4. Tidak memerlukan laman web dan hosting
.
Kebiasaannya, anda akan dibekalkan dengan laman web jualan anda sendiri yang dikenalpasti dengan link affiliate anda. Laman web jualan ini 100% sama dengan laman web jualan pemiliknya, cuma laman web anda mempunyai link affiliate anda untuk membezakan ia dengan laman web affiliate lain.
.
Oleh itu, anda tidak perlu pening memikirkan untuk membina laman web sendiri, membeli domain dan hosting sendiri untuk menjalankan perniagaan affiliate anda.
.
.
5. Tidak perlu runsing menguruskan jualan
.
Kelebihan pemasaran affiliate yang berikutnya adalah anda tidak perlu runsing untuk menguruskan jualan, seperti merekod butiran pembeli, mengenalpasti pakej pembelian, menguruskan pembungkusan dan penghantaran dan sebagainya.
.
Ini adalah kerana semua urusan jualan dilakukan oleh penjual produk tersebut, dan anda boleh fokus untuk melakukan promosi, promosi dan promosi untuk mendapatkan prospek pembeli melalui link affiliate anda. Itu sahaja.
.
.
6. Bahan promosi biasanya disediakan oleh penjual
.
Lazimnya apabila anda berdaftar dengan program-program affiliate, penjual lazimnya sudah menyediakan bahan promosi bagi memudahkan pemasaran anda.
.
Sebagai contoh, kandungan emel untuk senarai subscriber anda, banner, teks promosi dan sebagainya. Anda tidak perlu pelik kenapa penjual sungguh baik hati menyediakan semua ini untuk anda. Sebenarnya, penjual akan mempunyai untung yang tinggi sekiranya beliau dapat membantu anda menjalankan promosi, dan mandapatkan pelanggan yang lebih ramai.
.
.
7. Anda pilih sendiri kaedah pemasaran anda
.
Oleh kerana semua bahan perniagaan sudah tersedia untuk anda memulakan pemasaran affiliate anda, anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih sendiri kaedah pemasaran yang anda inginkan.
.
Sekiranya anda mempunyai kekangan bajet, anda boleh fokus untuk melakukan pemasaran percuma semata-mata, seperti pemasaran emel, blogging, media sosial, menggunakan kuasa forum dan sebagainya. Manakala sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh memilih untuk melakukan pemasaran berbayar seperti menempah banner di fanpage media sosial, facebook Ads, membeli iklan berbayar dan sebagainya.
.
.
8. Tiada had untuk menjana pendapatan
.
Memandangkan pemasaran affiliate ini begitu mudah untuk dimulakan, dengan semua bahan promosi telahpun disediakan, sebenarnya tiada had untuk anda menjana pendapatan lumayan melalui model perniagaan ini.
.
Bergantung kepada usaha yang konsisten yang anda berikan untuk pemasaran affiliate anda, anda berpotensi menjana keuntungan yang besar dalam tempoh yang singkat.
                                                                                ***

Friday, 24 March 2017

#FISH


Info secara ringkas apa itu Affiliate...
Program Affiliate FISH. 
Di dalam perniagaan konvensional, ada sesetengah pemilik perniagaan yang melantik jurujual-jurujual serta agen-agen untuk membantu mereka mempromosikan serta menjual produk mereka kepada orang ramai.
.
Agen-agen yang berjaya membuat jualan pula, akan diberikan sedikit komisyen hasil daripada harga jualan produk tersebut.
.
.
Di internet, jurujual-jurujual serta agen-agen ini, dipanggil “affiliate”.
.
Manakala, program affiliate pula, ialah sebuah program yang disediakan oleh pemilik-pemilik website perniagaan, bagi melantik individu-individu seperti anda untuk menjadi agen mereka. Proses pendaftaran sebagai agen kepada sesebuah program affiliate ini biasanya adalah percuma. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar sebagai agen mereka.
.
Setelah mendaftar sebagai agen di dalam sesebuah program affiliate, anda akan dibekalkan dengan satu URL yang mempunyai ID anda. Tugas anda, hanyalah mempromosikan URL tersebut. Apabila ada orang yang meng”klik” pada URL anda dan kemudiannya, membeli produk yang dijual di website tersebut, anda akan diberikan komisyen.
.
Itulah penerangan ringkas mengenai program affiliate, anda mendaftar sebagai agen di sesebuah website yang menjalankan “perniagaan internet”, dan kemudiannya, mempromosikan URL affiliate ID anda.
.
Jika ada pembeli, anda akan diberikan komisyen.

AFFLIATE = Bisnes Tanpa Modal

---------------------------------------------------------------------------
Buat Duit Di Internet Tanpa Produk Sendiri
---------------------------------------------------------------------------
.
Mungkin ini satu kejutan buat anda yang ramai rakyat Malaysia sudah buat duit di internet, walaupun mereka tidak ada sebarang produk sendiri.
.
Sebenarnya, untuk buat duit di internet, anda tak semestinya ada produk sendiri.
.
Ini kenyataan yang sahih dan pasti dengan bukti kukuh.
.
Tak tahulah dari siapa anda dengar tapi kalau anda masih lagi beranggapan yang anda MESTI ada produk sendiri untuk buat duit pertama anda di internet, buang tanggapan tersebut jauh-jauh… sebelum terlambat.
.
.
Hakikatnya, sudah ramai usahawan internet meraih pendapatan lumayan mereka dengan cuma mempromosikan produk orang lain dan mengumpul komisyen hasil daripada jualan tersebut yang sangat lumayan!
.
Mereka dikenali sebagai “affiliate” atau “affiliate marketer”. Dalam bahasa mudah, “agen jualan”.
.
.
.
Tugas seorang affiliate adalah mudah.
.
1) Anda pilih produk untuk dipasarkan
2) Anda lakukan promosi untuk produk tersebut
3) Anda terima komisyen jualan yang dipromosikan
.
Semua ini, legitimate.
.
Kadangkala komisyen bagi setiap satu jualan sangat lumayan sehingga mencecah RM100!
.
Jika anda ingin lebih banyak komisyen, senang saja - hasilkan lebih banyak jualan.
.
Dengan 10 jualan untuk produk yang komisyennya mencecah RM100, jumlahnya sudahpun RM1,000. Itu cuma komisyen daripada 10 jualan. Jika anda berjaya hasilkan 30 jualan sebulan, sudah tentu pulangannya lumayan, bukan?
.
Ini boleh menjadi kenyataan apabila anda mempunyai ‘SISTEM’ yang boleh diulangi setiap kali.
.
.
.
Jadi, tak hairanlah ada yang dapat membeli kereta dan rumah baru (dan melawat tempat pelancongan menarik) hanya dengan komisyen jualan produk orang lain di internet.
.
Dengar sini...
.
“Pemasaran affiliate adalah salah satu cara TERBAIK untuk anda mula berniaga di internet tanpa risiko yang besar”.
.
Anda…
.
✔ Tak perlu pening kepala untuk mencipta produk sendiri (yang tak tentu lagi boleh dijual atau tidak)
.
✔ Tak perlu risau penghantaran produk kepada pelanggan
.
✔ Tak perlu layan kerenah pelanggan yang kadangkala mencabar kesabaran dan semangat anda
.
✔ Tak perlu semak dan sahkan pembelian produk
.
✔ Tak perlu risau jika produk yang anda jual sekarang tidak menguntungkan (kerana anda hanya promosi sahaja. Tiada kos lain.)
.
Begitulah hebatnya pemasaran affiliate.
.
Pilih satu produk dan lakukan promosi. Mudah.
.
Anda boleh mulakannya hari ini juga! Bisnes Tanpa Modal
.
.
.
Adakah anda mahu kami cadangkan satu produk terbaru, eksklusif dan bakal dilancarkan pada April 2017 ini untuk anda promosikan?
.
Produk yang berikan anda komisen affiliate 3 angka pada setiap kali anda berjaya hasilkan jualan?
.
Produk dari kami, yang telah dicipta hasilkan dari gabungan pengalaman kami dalam bidang "Internet Marketing" sejak tahun 2003 lagi?
.
Dan paling best, peluang anda untuk menang hadiah-hadiah lumayan yang bernilai hampir RM50,000!